Tuesday, December 28

gaduh laki bini

...narrator...:: ekey'z 0 comments

hari di mula kan seperti biasa..dengan perasaan malas mahu ke pejabat seperti biasa.
sebab lagi beberapa hari aku akan bagi notis berhenti.
sebab

aku bukan bola.
senang senang jek ko nak lempar sane sini.
pastu, kene plak jaga dua department..
owh..
memang tak mau aku wat!

okies...back to the story

tengah syok syok makan nasi lemak, khairul belanja,
tetibe ade perempuan masuk opis
kebetulan Big bOSS ade..

aku ok jek..
kuar kuar pantri..
amik kau..bergaduh ex laki bini

cam drama u oll!!

' pu***** ko! ko kawin ngan GRO. dalam ramai ramai perempuan, ko kawin ngn GRO'
'aku jaga makan pakai kau. 24 tahun. 24 tahun. tempat tidur kau tka pernah terabai.
' ape lagi yang ko tak puas ati ni?'
'aku nak ko mati..aku nak ko mati'

si ex laki cume mampu berkata
'dah la..dah la'

bukak platform tinggi 4 inci,
hamik ko..platform kayu kene atas kepala si lelaki..
bincut ko!siap luka lagi,,

gedegung gedegang [sound effect bila si ex wife ketuk ex laki dengan kasut 4 inci tapi kene cermin tingkap ofis]

adegan pukul memukul dan maki memaki di akhiri dengan aksi lari melarikan diri..
kesian aku tengok...
abih di tinggal segala kerja di pejabat. demi menyelamat kan diri dan maruah dari terus di canang di hadapan orang ramai.

sudah tiada ikatan ape ape hubungan..
tapi yang datang serang opis, aku pun tak tau nape...
biar lah..masalh keluarga mereka.
tapi, akibat cerita ini
maruah sudah di jalan...

aku bercerita bukan mahu malu kan sesiapa
untuk peringatan diri sendiri jugak

maruah suami, isteri kene jaga.
maruah isteri, suami kene jaga.
maruah diri sendiri...jagalah kawan kawan..

malu sangat bila perbualan yang sepatutnya super sensitip menjadi habuan telinga semua orang yang ada.
opis ni betul betul depan main road..
gile kau!
tengah jem plak tu. sebab hujan, memang selalu jem.
tka yah kate la, makcik jual beras sebelah ni...habis semua ke depan.
customer, ngn pakcik bawak lori, sume jadik penonton..

Ya Allah, lindungi lah diri aku dan keluarga ku dari segala aib dunia dan akhirat...amin...

Wednesday, December 22

berkongsi

...narrator...:: ekey'z 0 comments

"sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)


Ya Allah,
Lindungi la daku dari dosa umpatan dan berkata nista.
Amin..

english dah berkarat

...narrator...:: ekey'z 0 comments
nak wat psot lam english pun dah malu...
slame ni tka teror pun..

tapi sekarang dah tahap disaster..
kesian aku!

:(

Monday, December 20

hari natal kali ini

...narrator...:: ekey'z 2 comments
kerana saya berkelakuan baik, saya dapat almost all of my wishes last year!
tq my papa santa!

hehehe...
sebab semua dah ade,
tahun ni tak nak wish pape dah!

sebab dah dapat camera baru. D90 u olll!!
best tak hubby i? beli kan shayer camera walaupun, tak bape nak pandai amik gamba.
i leb yu lah!

saya akan belajar untuk mahir mensnap. supaya nanti ade org bayar sayer snap gamba...boleh?

sebab saya dah dapat iPhone sebagai hadiah perkahwinan hari tu, saya berjanji takkan tinggal tinggal lagik handfon kat Englai atau di mana mana sahaja.
i learnt my lesson :(

saya dah dapat kasut baru...
tapi saya nak lagi, sebab space lam tempat kasut kite tu cam banyak lagi la bang..
aci?

sebab dah ade rumah!
ill stay home more often!
dan work on our lil garden!
perkembangan terbaru, rumput carpet dah mula melebarkan rangkaian akar nyer!
yea!
tumbuh cepat2 yer...

ape lagi ek?

tahun ni nak ape jek?
erm...

nanti la update balik.
sekarang macam takde nak pape lagi..
jap jap lagi tak tau la plak :P

Sunday, December 19

'saya gay, saya ok' by Azwan Ismail

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Google jek...
banyak hit.
aku link one of them kat sini


aku..
speechless....

Thursday, December 16

summary

...narrator...:: ekey'z 1 comments
my friend, sara, accident dua hari lepas.
die kerje kat kuantan...
walaupun aku duduk dekat jek, oleh kerana kekangan masa dan kerja, aku tak dapat lagi nak gi nengok sara ni...wut a bad fren :(
aku sempat call jek...
i hope u ok...k dear.

ye la, sekarang ni kan selalu hujan panas hujan panas.
cuaca tak menentu.
sian cik sarah :)
mungkin ade rahmat...insyaAllah

23 dec ni, company cik hubby ade buat family day.
since ade lagi cuti 1 hari.
dan kerana aku dah nak berenti kerja dan cuti tak boleh di forwardkan ke tahun depan,
aku amik la cuti...
itu jek yang paling seswai aku nengok...

aku tak expect pape..
since aku tak pernah kenal pun kawan kawan sekerja ci khubby ku ini
[nape aku menaip kuat gile ni?]

owh..
aku excited
Alhamdulillah, ade jugak reply application aku.
at least i know. i am still available in the market. two thumbs up!
hopefully cepatlah dapat kerja baru.
aku dah tak tahan dengan kerja yang selalu adhoc tak kene tempat.
kerja yang boleh di rancang tapi tak di rancang. bila aku dengan prihatin nya nak rancangkan, aku pulak kene marah! dem!
kalau sistem sendiri tidak boleh di improve, ape lagi yang tinggal?
so, aku pun angkat la kaki...

itu la serba sedikit nape aku nak blah.
aku tak tunding jari kat sesape.
tapi itu la
bila dah tak fun kat tempat kerja.
baik blah jek!

dan, semalam, aku ada lunch date dengan kak edda.
lame sangat tak jumpe!
padahal duduk dekat jek
tu la orang cakap, dekat tak semestinya mesra.
:)

Tuesday, December 14

congrats

...narrator...:: ekey'z 0 comments
sala kahwin

single to double

...narrator...:: ekey'z 2 comments
perbezaan lepas nk masuk 6 months kahwin...

1. dulu kami suke benar menonton wayang.
konon konon spend time together gether. tapi as far as i concern, masa lam wayang, kusyuk tengok cite pun, tak bercakap pun.
so, bila dah kahwin, kitorang lagi suke layan tv. kadang kadang jek feel tgk wayang, gi tgk wayang.
sebab nyer, kat umah, boleh cuddling2 sambil makan makan, klo ade part bosan, boleh lagi cite pasal mende lain.
klo kat wayang, takkan nk feel cuddling2 kot. pastu, klo part bosan tuh, sure tangkap tido nyer.

2. dulu suke dating makan makan
sekarang, masak jek. even as simple as telur dadar, goreng ikan, masak sambal sotong, its perfect.
dah bosan kot makan luar. kalau tak sempat masak, then tapau, makan kat umah. lagi syok. makan sambil tengok tv.
plus, boleh la konon2 nak manje manjean.

3. dulu kalau keluar malam malam sure kene balik before 10pm. itu rules mama and abah.
sekarang, ikut suke hati la nak balik pukul bape. dah duduk umah sendiri plak. owh..i liooke!

4. dulu takleh bonceng motor. kalau bonceng gak memang carik nahas la.
sebagai anak yang patuh, aku turuti. pas kahwin, terus beli motor. cik kuda putih.
pada mula nya aku memang takut kalau org bonceng aku, but now, i liooke!

5. takleh kuar jauh jauh berdua.
sekarang, suka hati la nak gi memane...gi la ceruk mane pun..dah name laki aku
and we have great time together.

6. dulu solat sorang sorang
sekarang dah ade imam!
i miss u so much....kadang kadang tu tersasul gak niat ma'mum.haish.

7. dulu aku memang malas mengemas.
sekarang, takleh dah. rimas la tengok!

8. dulu malas bangun pagi..
sekarang, paling lewat pun 930 sebab cik suami suke bangun awal..kadang kadang kalau aku penat sangat, memang bantai jek tido..hahahaa

9. dulu, bila die kene kerja, cam best kekadang sebab aku leh berlagak single.
sekarang, bile die ade laut, cam bosan gile. dah terbiasa rumah bising dengan suara die. dah terbiase dengan bau dia. dah terbiasa gaduh gaduh manja. i miss u even more :(

10. malas dah nak tulis....

:)

Sunday, December 12

family potrait

...narrator...:: ekey'z 0 comments
the family.....



trying new look...

hanimun

...narrator...:: ekey'z 0 comments
my most fav photo...

thanks to kak lang for this swit photo

Friday, December 10

notification

...narrator...:: ekey'z 0 comments
okies...

saya akui..

i gained weight recently..

yes, even i cant fit in my baby t anymore

ok ok

i know

no need to remind me every 2 secs

coz i think i used to it

i will get back my on my diet if i wan to

but right now,

i dont think i want to

so, i am ok with this chubbiness..

itu sahaja.

thank u!

Tuesday, December 7

pengantin lama

...narrator...:: ekey'z 1 comments
pinjam pelamin mamat..

azam baru di tahun baru

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Salam Maal Hijrah semua

tengok balik azam tahun lepas..
5 out of 10 fulfilled..
alhamdulillah...

okies...
move on

tahun ini

1. being a good wife to my lovely n caring hubby.
2. trying to reduce my temper. [seriously have to manage my 'angin']
3. trying damn hard to have a baby!
4. if i fortune enuf to have a baby, then i really love to be a great mama!
5. going to Sabah or Sarawak. never been there.
6. pursue our vacation to Indon next first quarter of the year...yeah! come on baby!
7. i want a job. to be specific is, more money n less work...sape boleh kasik? hahaha
8. set up and maintain my new garden! so far, just tanam rumput carpet...
9. masak lagi kerap untuk incik suami :)
10. maintain weight and go on a healthy diet.

so far,
itu sahaja...

semoga...

tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya...
1 Muharram pertama bergelar isteri :)

i love u beby!

Monday, December 6

hiatus mode 2

...narrator...:: ekey'z 1 comments



hari kedua...

menuju ke ayer keroh.
sebelum itu, have a breakfast+lunch kat famous asam pedas.

sangat sedap asam pedas tenggiri tersebut.
cik suami yang makan...
cilok sikit jek..hehehe

pastu, menuju air keroh.
mule mule plan nak habiskan masa kat Afamosa waterworld.
tapi tukar plan.
kami jalan jalan area Ayer Keroh.
pergi Taman Mini Asia.
pastu ke Zoo Melaka.
ke Melaka Wonderland, tapi tak masuk pun...
sebab nak hujan..
pastu ke Afamosa Resort.
jalan jalan jek.. since its already 4.

sangat lapar. ke bandar hilir semula
masuk Mahkota parade.
terus ke Seoul Garden.
makan tak hingat.

damn yummy.
plus, really really starving at that moment.

pastu, balik bilik.
refreshing.

at nite, have a nite walk area Kota Melaka.
ke Jonker Walk.
but i just bought fridge magnet.
since its too cramped with people.

pastu menyelusuri bandar melaka berdua.
ni betul betul hanimun.

since i have 3 days off.
then, we are not rushing at all..

around 12pm.
balik ke hotel.

have a great sleep!


pelangi petang

...narrator...:: ekey'z 0 comments
the rainbow on our way back to kemaman...nice kan!

otomen, berubah!

...narrator...:: ekey'z 0 comments
blog kini berubah....

setelah sekian lama

owh..sangat kanak kanak..

me likey!

Sunday, December 5

a must have

...narrator...:: ekey'z 0 comments

aku tetibe dapat ilham di kala waktu kerja tapi takde orang sebab semua perabih cuti tahunan...
tinggal aku sorang sorang...sob sob...

dunia ini, aku yang punnya..

ok ok..
bak to the topic
aku dapat ilham buat list of things...
list ini adalah barang barang keperluan yang perlu ada di dalam bilik seorang perempuan... (secara majoriti la. kalau korang rasa bilik korang takde pun barang barang ni, itu terpulang...cita rasa sendiri. tepuk dada tanya selera ...

1. mesti ada adalah cermin

cermin ini tidak kira kecik atau besar. asalkan dapat nengok..

yang lagi obses, setiap kali nampak cermin, sure la mengerling...

2. ada meja tempat letak barang barang mekap atau segala jenis lotion..

ini lagi best...kalau duduk kat hostel, 1 compartment kat drawer pasti di khas kan untuk letak barang barang ini sahaja..walaupun, yang guna boleh di katakan 1/3 daripada koleksi tersebut..

macam aku..
lotion ade 4. beli tak hingat. cam tak cool plak kalau takde lotion. tapi lengan ngn muke 'sunburn' tak hingat. sebab nyer, beli atas dasar beli semata. penggunaan tidak melebihi 2 kali.

3. teddy bear.

memang tipikal. sejak kecik, untuk bezakan bilk perempuan dengan lelaki, bilik anak perempuan mesti ade teddy bear. teddy bear plak mesti yang besar gabak. lebih besar dari si kecil. pastu cadar plak mesti soft soft kaler. atau warne pastel. yang menenangkan.

even kalau di hostel pun, mungkin tak semua, tapi majoritinya mesti ade anak patung atau teddy bear yang di beri gelaran seperti comot, blacky atau macam macam.

4. bag yang banyak!

wal hal. setiap kali keluar, 1 je bag yang di bawa. in case, nak balik kampung, baru bawak beg yang banyak.dan pada masa ini lah beg amat penting sekali...

tapi, biase nyer, yang paling banyak adalah beg jalan jalan...
cam kau punyer, 50% dah di cilok oleh adik ku...

5. bingkai gamba + gamba

mesti ade frame gambar yang letak atas dresser ke drawer ke, meja studi ker...
tapi mesti ade!walaupun satu..

itu je kot yang aku boleh terfikir buat masa ni...
sebab nyer boss aku dah balik..
kalau ade yang lain, korang pikir la sendiri..hehehe

Friday, December 3

sneak peak

...narrator...:: ekey'z 0 comments
taming sari

Tuesday, November 30

hiatus day 1

...narrator...:: ekey'z 0 comments
its my 3rd honey moon...
tak hingat nak honeymoon...

sebab ini adalah dalam tak berapa nak merancang dari awal, decided to go to Melaka.

hari pertama...
bergerak dari my lovely home at 8 am.
drive...lalalala. lalu ikut Segamat.
owh....cian incik Bee n my katak putih.
sangat kotoq sebab hujan dan jalan lecak.
sampai je kat melaka, trus carik tempat basuh kereta...hehehehe

sampai lah dalam pukul 2 pm di Melaka n our lovely hotel.
yeah!

simpan simpan barang...
mulakan jelajah Melaka.

sebab its already 3pm, kitorg pun decided jalan jalan area town jek.sebab hotel kami memang dekat town pun. :)

so, jalan jalan...
bila dah pukul 530 baru perasan...tak makan lagi.
terus la ke McD Dataran Pahlawan....which is the nearest and faster.

sepanjang 2jam setengah tu.
naik Taming Sari. at first pegi cari Eye On Malaysia. Demn, takde pape..dah pecat...mungkin dha lame, aku tak tau. kitorg tengok sign board je pun :P

Taming Sari quite gerun gak la...aku tetibe cam gayat...
padahal selama ni tak pun..hehehe

pastu, sempat gak naik River Cruise..then, sangat bosan.
this ride memang tersangat lah berbeza kalau naik malam..so, jangan naik siang cam kitorg.
baik naik malam ....lagi fun.

pastu, gi melawat Musuem.which is a must thing to do in Melaka.
penat baca history, sampai kan at one time, just tengok2..hahahah

pastu, lepas makan, kitorang pun mula mendaki Afamosa.
dem..perut kenyang dan mendaki...mengah gile kot!
tp sangat hampeh...
dalam Afamosa tu plak di tutup.ade Art performance.
dem kali le dua.

pastu...pukul 7lebih, gi balik hotel. lepak lepak sambil betulkan urat kaki badan dan bermandian..
keluar...
kononnya mau makan..
pegi the Famous Asam pedas, dah tutup plak dah.
sebab kitorg jalan jalan dulu kat Dataran Pahlawan night market tuh..'sape suruh..lalala'

pastu, tgk incik Garmin, carik ikan bakaq.
menuju ke Umbai,tapi hampeh..
ikan tak fresh langsung! mata merah gile kot!
cancel and change the destination..walhal time tu dah lapaq gile.
pastu, patah balik...pekene Subaidah..

pukul 1 pagi, balik bilik terbungkam sampai pagi...

to be continue..

Tuesday, November 23

my name

...narrator...:: ekey'z 2 comments
aku baru tahu...

my name...

my real name...

is also a name in spanish

tapi, spelling die lain la

faquira...

tp pronounce die same jek..

dan aku jugak baru tahu

shakira itu just a nickname in spanish..

roger bagitau aku..

kalau die tipu, aku pun tipu la..

aku pun takde la percaya sangat...

tapi bez jek klo nk percaye pun..hahaha

what a nice name :)

kate si roger...

hehehehe

Sunday, November 21

kerja

...narrator...:: ekey'z 1 comments
hari ini...

aku sorang jek duk opis...

damn...

semua orang masih cuti

dan

aku pulak

sorang sorang

haru gile!

Saturday, November 20

tersentuh

...narrator...:: ekey'z 3 comments
watch I am Sam on HBO...

cried...even this is not the first time...

damn.

so touched with the love...

kasih yang tak berbelah bahagi...

cried again :(

Thursday, November 18

cemburu buta namanya

...narrator...:: ekey'z 3 comments
Salam Aidiladha semua...

semoga nilai pengorbanan kita ingat, paham dan guna...InsyaAllah.

begitu juga aku, berkorban sekali lagi, ketepi kan perasaan sedih nak nangis guling guling..
its second raye as a wife but nothing much different pun...

still....alone. sedih :(

but, itu la die pengorbanan...

lagi sedih bila semua orang duk tanye takde 'isi' lagi ker?

stress! so, aku makan banyak banyak....abih cite...

sape tak nak anak?

Allah je tau betapa aku ingin kan, kepingin, ade baby gerak gerak dalam perut...

betapa jeles sampai tahap menitis air mata tengok rakan rakan yang murah rezeki dapat baby. walhal umur perkahwinan mereka lebih muda berbanding umur perkahwinan aku...

tapi, korang tau ker?

tak kan??

sampai aku kadang kadang pikir, memang salah aku kot!

tak baik kan?

baru dugaan sedikit dah pikir bukan bukan...

sebab tu aku redha...bukan rezeki aku lagi..

ingat senang ke nak tabahkan hati sendiri?

bila tengok perut perut membuyut. perut orang lain.

bahagia kan ibu ibu mengandung?? suci sangat perasaan bahagia itu. aku mahu itu.mahu sangat!

maka, bersangka baik lah pada semua keadaan...

mungkin, ini cara untuk aku bersabar...

ini cara untuk aku lebih matang...matang untuk uruskan keluarga, matang untuk uruskan rumah tangga...

semoga, rezeki aku ade....

ye....setiap solat, aku berdoa aku di murahkan rezeki anak :)

percaya Qada dan Qadar...

bukan kah itu yang kite pegang???

Sunday, November 14

kerje tak berpekdah

...narrator...:: ekey'z 3 comments
kalau aku jadik orang yang part die ambik2 orang kerje ni..

aku akan google name die...

pastu baca hit hit yang berkaitan...

terutama sekali FB nya...

itu kalau aku la kan....

sebab aku ni memang sume mende nak google nyer...

sampaikan jalan rumah aku pun aku gooogle...

yess....

nampak sangat aku suke buat kerje tak berpekdah...

owh

itu memang aku....

kerje berpekdah seperti kerja kerja pejabat aku akan habiskan cepat cepat supaya aku boleh buat kerje tak berpekdah...

oleh sebab itu,

orang selalu dengki ngan aku sebab suke wat kerja tak berpekdah

dan, di tempat aku kerje sekarang

orang lelaki kat sane memang suke jaga kain orang dan suke bawak mulut sampai lah ke telinga boss....

sangat menarik mereka ini semua...

aku memang benci spesies ini...

kalau tengok kerja aku, takde kot yang tertangguh cam mereka...

dan aku well organized jek buat kerje aku...jarang sekali aku lupe aku letak file kat mane, walhal di dalam komputer atau filing....

sengal....

pendengki memang musuh aku dari dulu...

ko dengki kan

aku boleh wat cam cam kerja tak berpekdah sebab aku efisyen wat kerje berpekdah...

dem u!

Saturday, November 13

'kerja kerja' di hari minggu 2

...narrator...:: ekey'z 0 comments
continue......

sebulan selepas bergelar isteri..

a shoulder to lean on....
gi shopping, try baju n plus, snaps pics...
hehehehe
blur....caught in the camera
masakan pertama di rumah baru...

mee goreng + tea panas

tempting???

hehehehe...

byk lagi gamba...

tp biar la dulu....

:)

love u baby :)

'kerja kerja' di hari minggu

...narrator...:: ekey'z 0 comments
trying to fly
this shoot is taken during our pre wedding shoot

just a trying to do something...

dating sebagai pasangan tunang...

my fiance at dat time
photo shoot suke suke



godam lappy hubby....

since kahwin, ini baru la betul2 dapat godam secara keseluruhan...

hehehe....

:)

pengalaman kegelapan

...narrator...:: ekey'z 2 comments
tengha syok bermimpi...

tetibe aku bermimpi aku dalam kegelapan...

bukak mate pun gelap...

siap berpeluh peluh...

then i realized, this is not a dream...

yes...black out....

its 3.30 in the morning...

its raining...

tapi, cam biase, di dalma rumah batu, hangat tak hingat...

dan, aku memang tak dapat tidur kalau panas....

seriously...

i cant sleep....

and then my mind goes on trick...

fikir macam macam...

horror gile kot....

sorang sorang dalam gelap...

terfikir kalau ade la perompak masuk rumah, memang masak la...

kalau tetibe ade haiwan berbisa...

cam cam execution plan dah ade dalam otak...

dah penat berfikir...

ingat nak call mama, since our house dekat gile..

tapi, its 3.30 in the morning....

tak baik susahkan orang.....face it...be tough

then, i need somebody....

sms almost everyone...

then luckily, someone answering my sms...

such a relief...

at least there is someone with me...

thank u so much :)

then, letrik cuma pulih pada pukul 6 pagi...

damn....

2 jam lebih aku terjaga dalam gelap dan kepanasan...

dan selepas itu, tidur nyenyak sampai tengah hari....

:)

Thursday, November 11

...narrator...:: ekey'z 2 comments

thank u mr google on the nice pic

erm...

al kisah nya

hari ini keputusan upsr dah kuar

congrats kalisa dapat 4A's 1B...

nnt PMR make sure dapat straight A k dear?

dan, call cik dah, my auntie, mama to kalisa...

then the conversation goes....

' bashira bangun pagi tadi, and die cakap, die mimpi kak epa ade baby'

'hahahahhahaha...bashira plak yang nak baby sampai mimpi mimpi'

yes....

thats common thing people will ask after u got married in a couple of months...

tapi kan...

sedih la when the things that i could only answer is no...

:(

Tuesday, November 9

input positif

...narrator...:: ekey'z 2 comments
aku rasa, as a person....
kalau mahu energy positif di dalam kamuniti, mesti masukkan data data positif di dalam minda.
begitula sebaliknyer



ini bila aku terlihat posting di fb pasal pergaduhan budak budak sekolah wanita berpakaian lengkap uniform sekolah...
sebab nyer, seorang lelaki...

come on....

are we that desperate???

aku amat hargai nasihat abang aku dulu dulu...

' biar kita nampak sombong di mata lelaki, jangan kita di lihat murah'


aku sangat jealous tengok tengok iklan negara arab..

berkisarkan solat.

berkisar kan aurat...

pasal sunnah nabi...

pasal godaan syaitan...


so, kalau mahu positif, masukkan input input positif yer..

bukan tak mahu ambil tahu pasal negatif..

tp, wat pe la nak tengok yang tak berfaedah...

tgk ceramah ustaz kazzim lagi bagus..

takpun ustaz azhar :)

Friday, November 5

pembaca senyap a.k.a silent reader

...narrator...:: ekey'z 4 comments
yes, i am a silent readers to many blogs that i bookmark.

sebab tu tiada list yang aku follow di page aku ni..

sebab...

aku memang silent reader dari dulu...

baca blog sarah dari mula mula die menulis sampai sekarang...

baca blog fynn dari dulu sampai sekarang...

baca blog sue anna joe dari dulu...

dan seterus nya...

just list 3 kegemaran aku..

yang pasti aku bukak hari hari tengok update.

sarah, my dear best fren..

fynn, aku suke puisi tepi jalan...dari dulu...aku rasa die bijak dan aku sangat suka penulisan dia..i wish i have that talent...a talent to write

su anna joe, aku rasa best jek hidup cam die...cam everything just perfect...and her talent in photography...

i wish i wish

aku memang pemalu dengan orang..dats why aku lagi selesa menjadi pembaca senyap...

itu sahaja....

di hari deepavali ini..

selamat diwali semua :)

Tuesday, November 2

help me!help me!

...narrator...:: ekey'z 5 comments
sesape nak hadiahkan aku buku cerita ni
'how to kill a mocking bird'

penat dah aku carik..
berbulan bulan dah..

and poorly, kat sini takde.
i mean sini is, terengganu and pahang.
secara spesifiknya, kemaman and kuantan.

tolong tolong...

sape suruh gi KL aritu tak carik.
aku lupe la doll..

sebab aritu gi lam tergesa gesa..

adeh!
tolong, sesape...
nak buku tuh...

Sunday, October 31

azab bagi wanita

...narrator...:: ekey'z 2 comments

Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~


p/s : semoga aku di selamatkan dari dosa dosa tersebut...aminn

sedikit demi sedikit

...narrator...:: ekey'z 0 comments
sedikit demi sedikit

penuh kan rumah dengan barang barang..

dan minggu lepas,

menjengah IKEA...

tapi, kami suke sebab out come die menarik...

dan, hari sabtu, menghabis kan duit kat Parkson Kuantan and Carrefour..

dan kami pun suke gak..

sekarang,

duit habis byk kt umah..

but i like jek :)

yang paling suke, dapat makan kat Carls's Jr. aku memang suke fries.

dan berpeluang dapat gi kat KLPF..

cam bosan tapi dapat this small canon...

:)

thank u bee...bawak cayang jalan2..

though kite nak carik kasut skate abang tak menemui kesudahan..

but we have new crocies :)

dan walaupun kaki melecet akibat kasut hush puppies itu...kasut itu memang suke melecetkan kaki i...huh

tapi..

suke gak.

dan sekarang, boleh online kat umah sebab ade P1 wimax...

i liooke!

and mr bee pun akan spend another week kat umah!

walaupun tak kan beraya bersama , lagi sekali..

but still, i always cherish every momentos with u dear...

another week with u then :)

p/s :
jangan la tanye bile aku nak pregnant, itu semua Allah punya agenda.
sedih woo semua orang tanye... i pun nak juga preggy..nak sangat sangat...tp takde rezeki lagi...
so, masih dalam hanimun la..okeyh sayang sayang ku?
jika ade good news, akan di war war kan..usah ngirau :)

congrats baah

...narrator...:: ekey'z 0 comments
selamat melahirkan beby gurl....

wah!

excited...

congrats darling

Tuesday, October 26

sejarah....kalau berulang gak, memang carik nahas la

...narrator...:: ekey'z 0 comments
antara salah satu nightmare aku...
kene lempang..

tetibe kene lempang..
camne?

sakit wooo...
menusuk sampai tulang sum sum wa cakap lu..

abih luluh jantung...
jiwa raga melayang tak tau gi mane..

owh...drama queen...

tapi tu la...
dulu selalu gak terpikir,camne perasaan kene lempang bile tengok movie2 ganas2 ala ala family violent tu kan

amik ko...
tak terpikir dah...

tapi yang jelas kan, skali kene lempang, walaupun di beri alasan suke2,
memang takle terime dek akal la...

sampai sekarang takle terime..
siot jek

tak pasal pasal kene lempang

ape kes???

sakit ko tau tak?
hati ni la yang paling sakit..
klo BF aku, dan dan tu gak aku tinggal. sumpah.

sampai mati la aku ingat...
boleh cerite kat anak cucu..

aci?

Monday, October 25

...narrator...:: ekey'z 3 comments

Amaran Kerajaan: sediakan tisu secukupnya,hukhukhuk~

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


ini daripada blog yun

tapi, pengalaman sendiri.........

abah aku sangat tak tahu show their loves.

walaupun periksa aku sapu bersih semua A yang ade, die just anggukkan kepala

sampai kadang kadang tu, kecik jugak hati

mahu jugak lihat die berkata at least, tahniah

tapi,

itu lah abah

orang yang penuh kasih sayang tapi tak tahu bagaimana mahu pamerkannya

walaupun kerap kali bercanggah pendapat. takpernah berlanjutan

itu abah...

cepat memaaf kan...dan juga, cepat jugak naik hantu nyer...sabo kan je la

dan, pujuk kami dengan gadgets..agak spoil la kami empat beradik di situ..kami bukan keluarga mewah. tapi, abah sentiasa penuhi permintaan kami. yang berpatutan la.. kalau ko mintak istana, surela tak dapat nyer :P

tapi, kami tak pernah amik kesempatan..kengkadang mungkin ade, secara kecil kecilan. sakit hati, mintak macam2..bukan nak dapat sangatpun, saje jek tengah geram. klo dapat best gak :P


undelivered fund

...narrator...:: ekey'z 0 comments
YOUR CONSIGNMENT WORTH $10million,RETURNED AS UNDELIVERED,RESPOND WITH YOUR
DETAILS TEL,NAMES,ADDRESS FOR VERIFICATION,Mr.EMMANUEL B OWUSU CHAIRMAN GHANA
REFUGEE BOARD.CALL IMMEDIATELY +233547448450


itu sahaja message..
mase bila ntah aku berniaga sampai dapat 10million...
apakah?
dan...
tentunya, aku bukan pelarian ghana...
terima kasih...


nice prank there mr emmanuel b owusu...

Thursday, October 21

minggu sunyi sepi akan muncul tak lama lagi

...narrator...:: ekey'z 0 comments
kalau tengok patern post blog ini...

akan ade 1 minggu atau dua minggu yang sunyi

sebab

si suami ade!

so, spent time with him la..

our precious time...

kan bebear..

sebab kite memang jarang dapat bersua muke..

so, next week mungkin bakal sunyi kembali ruangan blog ini..

serupa dengan posting die fb aku!

sangat sunyi sepi....

okies...

pre azam tahun baru

...narrator...:: ekey'z 0 comments
cuba jaga pertuturan yang sewajarnya..

aku cuba bersopan ok..

motif : bosan dah laser2 ni..

wah...

cam hampeh jek motif..


tapi,

itu bakal jadik azam aku..

selepas azam tahun lepas, 5/10 dah berjaya ditunaikan..

di akhir bulan october...

agak cemerlang tahun ini..

chaiyok!

Tuesday, October 19

The man

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Aku dan orang lelaki handsome segak bergaya memang tak pernah ngam.

Bagi aku personally. Aku takut dengan lelaki handsome segak bergaya ni. Sebab kemungkinan untuk orang rampas amat lah tinggi. Nak nak lagi yang jenis melayan. Owh. Memang aku anti. Or mungkin perkataan yang lebih sesuai, aku fobia.

Alhamdulillah. Jodoh yang Allah kasik itu yang terbaik kan? Die cukup sempurna di mata aku. Siapa sangka, disaat aku tak terfikir mahi secare serius berhubungan, kini sampai ke jinjang pelamin.

Cukup lah suami aku handsome di mata aku. Dan pandai sangat layan kerenah aku. Suami sempurna di mata aku. Cuma aku yang kurang sempurna. Berusaha lagi untuk menjadi wanita dan isteri sempurna.

Sebab, ciri paling dominan dalam hidup aku adalah ignorant. Betul. Sangarlah ignorant nye. Kesian incik suami. Dah cuba untuk tidak begitu ignorant. Tetap kadang kadang, tanpa sedar aku ignorant sangat sangat.

Semoga aku adalah isteri sempurna di mata die. Sesempurna die di mata aku.

Eh. Cam takde kene mengene plak dengan tujuan asal.

Okies, sekarang aku memang amat kurang fokus. Rindu gamak nye. Dah 3 minggu tidur di peluk lengan sasa, dibuai dengkuran nafas halaus. Kini tidur tak berapa lena. Asyik terjaga mencari sekujur badan panas itu. Walhal, aku yang gigih ponteng 2 jam kerja hantarnya ke lapangan terbang.

Ye, aku rindu sanfat sangat.

Dan amik keputusan tak nak ulas dah pasal perenggan pertama tadi sebab aku sendiri lupe isi badan nya.

Mau tido, mimpi macam semalam.

Semalam mimpi kamu. Ye. Sangat rindu. Walhal. Baru hari kedua di tinggal kan. Lagi 12 hari menanti.

Lelah.

Lama sangat.

Rindu lamu sangat sangat.

Sunday, October 10

redhakan lah.

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

MasyaAllah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam nie... Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya.... Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yang redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi...

Friday, October 1

Hari jumaat

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Hari yang selalunya aku bangun lewat.

Hari ni, tepat jam 8 dah terjaga. Dem. Kalau hari kerje, liat beno mata mau bukak.

Hari ni, tak mau lelap plak. Haish.

Bangun. Takde aktiviti pun.

Termenung sane.

Termenung sini

Tak produltif pun sebab memang dah di plan. Mau tido sampai tengah hari.

Dem. Aku bosan.

Wednesday, September 29

perasmian perfume baru

...narrator...:: ekey'z 0 comments
hari ini bagun sikit jek awal...

sebab mak su and abang apih ade kat umah

mak su ade kursus kat kuantan. on the way, singgah tidur umah

hari ni try perfume baru...

yes, yg di bawah ini...

lancome mari...

tetibe pening...

adeh...

bau die kuat sangat...

padahal pkai 3 puff je kot..

mungkin patut pkai 2 puff jek...

okies...

lesson learn.

kita bertiga tetap utuh

...narrator...:: ekey'z 0 comments
aku, seperti mereka mereka...

bila dengar lagu dengan silly nya cuba kaitkan dengan diri sendiri..

sebab kurang kepakaran untuk menyusun ayat meluah kata dengan begitu indah..

pinjam ayat yang punya perasaan yang sama...

betul...

kite semua tipikal...

sama seperti yang sudah tertulis di dalam alQuran..

hanya amalan membezakan kita..

tapi, siapa kita untuk letakkan taraf perbezaan?

mati nanti semua ke tanah jua..

----------------------------------------------------

owh...

sabtu lepas...

kami...ama, kulert and aku pergi ke genting...
which is ama, kulert dan aku memang begitu...
motif utama, hanya untuk hilangkan stress
tapi stress plak bila ade orang jual perfume
dan kami memang kaki perfume
aku beli 2, ama beli 2 dan kuku setia pada burberry nyer...
owh..kopak di situ...

other than that..
we are having fun...
just lepaking and do nothing...

pada mula nya ingn ajak ramai...
tp rmai plak ade hal masing2..
so, kami amik keputusan go on sahaja lah
since sudah di rancang...
like wut ama said, we do plan crazy things and make it happen!
its always fun!
like karaoke until 5am...hahaha
owh, those days.

yes!!!i miss those days...
but now, since aku dah jadik wife sano, i have to obey kan?
bukan kan menjadi isteri solehah itu impian semua wanita?
contohnya, bila di kecam oleh suami sendiri tidak bagus, pasti semua isteri berderai air mata nye...
well, like i said before, we are typical human being..

dan, sebab suami saya sangat cool dan amat lah memahami rintih jiwa si isteri
di benarkan untuk bersuka ria di genting bersama sahabat2 baik nya....
yeay!saya sayang kamu cik hubby...

dan seriously, aku memang rindu sangat hang out begitu...
bersama besties...
gosip gosipan segala.
gelak besar segala..
hilang semua beban di jiwa...

terima kasih sebab sampai sekarang masih menjadi kawan aku
kawan setia aku...
sangat hargai kamu semua...

i thing my life just great. i make new friends and keep the old one..
right?

entah bila ade peluang terpekik terlolong begitu lagi...
ah..baru beberapa hari dah rindu..

baiklah kawan kawan...

sila sayang aku kerna aku sayang kamu :)

Tuesday, September 28

Manis macam lolipop

...narrator...:: ekey'z 0 comments
'hello'
'hello'
'nape cute sgt suare ni? Cam budak2. Comel gile'.
'abang menganjing sayang ek?'
'takla. Memang cute la. Nape?'
Terus gelak gelak gedik. Hik hik hik

Itu pun dah buat hati tersenyum.

Tetap senyum.

Mungkin angau dengan suami sendiri kot. Hehebe

buat incik bee...

...narrator...:: ekey'z 0 comments

en bee call..

'watpe jek?
'main game jek...'
'aik, takde kerje ker?'
'takde, main game baru. the candy shop..'

than the stories go..bla bla bla

then tetibe...

'ade pape nak cite tak?'
'nak cite ape?' sambil gelak gelak
cik bee pun gelak gelak
'ade bukak fb abang tak arini?'
aku sambung gelak
' tak sempat lagi bukak'
konon konon tak bukak. padahal pepagi dah bukak
'eleh, iye la tuh...abang kenal la sayang abang ni. yang takde pun boleh dikoreknyer. ni kan plak dah ade depan mate. '
aku pun gelak je la...
'best ke tengok?'
'tak best pun..tp suke jek..'
sebab aku suke?

sebab die dah kawin, so, takde la masalah die cube merampas seperti awal awal kisah kami dulu...
haish...
sangat relief ok!

cik bee, u r the greatest..
dengan cik bee aku memang kalah..
tak mampu menipu...
sebab segala inci die tau...

damn..

i love u!so much!!!

No Doubt - Running

...narrator...:: ekey'z 0 comments

selongkar lagu lagu lama...
dah bersawang..
dan terjumpa lagu ini...

my most fav song...

well, life is a journey.
dont stop running
running all the time..
running to the future, with u right by my side..

encik bee, this one for u...

we're running, keep holding my hand so we dont get separated...



Sunday, September 26

hari ini

...narrator...:: ekey'z 0 comments

ntah kenapa

hari ini bosan...

anybody want to lighten me up???

please stand up...please stand up...

hahaha...

pic courtesy en google

jangan perlu hilang

...narrator...:: ekey'z 0 comments

rindu

memang selalu begitu

walau depan mata, masih rindu..

kenapa ya?

sayang,

hilang tak kan pernah..

cinta,

rahsia Allah untuk kita rasa

agar perasaan ini bakal menguatkan semangat cinta pada Allah

aku mahu,

tiap hari bercinta

walau jauh, kami tetap masih bercinta

perjalanan masih terlalu panjang..

jangan perlu hilang perasaan cinta ini...

harap nya

hingga akhir nafas.....

begitu begini

...narrator...:: ekey'z 0 comments
aku memang begitu begini..

aku rasa kau pun begitu begini..

sebab, kepakaran kita memang begitu begini...

:)

mahu bertukar...soon.

...narrator...:: ekey'z 0 comments

sekarang....

ciri no 45

...narrator...:: ekey'z 0 comments
walaupun bertahun menconteng dan tanapa jemu mencongteng, masih belum pandai berpuisi seperti sarah or ida.

tapi yang paling aku suka, cume pendengar setia...
sejak bertahun dulu

fynn...

aku cuma, tulis apa yang aku rasa...

jeles gak tengok orang pandai tulis2 ni...

maksud sama, uraian lebih menarik..

owh...lupe. aku memang begitu...

puitis bukan aku...

so, sabar je la kalau kadang kadang aku sendiri tak paham orang berpuitis...

memang, kalau mahu berbicara sama aku, paling di hormati jika bercakap secara jelas, bukan puitis..dan of course no, double meaning...

aku memang lampi sangat.

contoh,

aku : sorry la, susah susah jek hantar sampai rumah..
dia : takpe, pasni jadik umah i gak

aku dalam hati : owh, die berminat nak beli umah aku...

yes, aku selalu begitu....

ciri no 45

sekian.
 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez