jangan kau cuba tipu aku hanya untuk sedapkan hati aku..pernyataan ini adalah untuk semua yang aku kenal...
jangan kau cakap kau rindu aku padahal sikit pun kau tidak hirau kewujudan aku di sisi kau. kerana bila kau katakan ucapan rindu itu tulus dari hati kau, pasti aku dapat rasakan jua..seperti ucapan aku rindu kau dari syak. syak, aku rindu kau jugak. sikit pun aku tidak tipu. rindu adegan kau terajang anne dengan harapan aku masuk campur. tapi tidak sekali pun aku mahu masuk campur. aku akan buat muka bodoh kerana aku tahu, itu hanya gurauan manja korang. aku rindu di temani teman teman yang sentiasa ada untuk aku. walau kami adalah kumpulan yang di benci. mungkin kerana kami hot.hahaha...
selepas berbual dengan syak di telefon, sungguh, aku rindu benar akan mereka. syak, anne n cik na. cik na yang tidak habis habis dengan ayat aku tidak mahu kawin itu. syak yang amat cool antara kami. melepak sama2. berbuka dan sahur same same. betul, aku rindu kalian. kalian bahagia dengan orang tersayang, aku doakan agar kamu semua baik baik hendaknya...
jangan kau cakap kau mula cinta aku di saat aku mula meminggir diri...mungkin aku suka kamu. mungkin jua aku suka kamu tetapi amat rigid dengan dunia aku..
jangan kau temberang bagitahu aku kau cinta aku sorang padahal aku tau bayangan dia masih ada di hati kamu! jangan cuba tipu aku. aku paling benci itu! aku tidak mahu tahu apa apa tentang kisah silam kamu. sebab kamu ada kisah silam sendiri. tapi kadang kadang, curiosity aku memang tidak boleh duduk diam. aku seperti anak kecil yang ingin tahu semua nya....ntah. mungkin terlalu banyak persoalan yang masih berlegar di benak kepala aku ni...
banyak lagi bermain di kepala tetapi terlalu banyak sampaikan malas mau di uraikan...
Wednesday, January 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment