Friday, November 7

tagged!!!

...narrator...:: ekey'z
lepas baca blog anak mat nor....
aku rasa cam nak buat je 15 perkara tentang diri y'all
[yess...sekarang aku suke bace blog blog orang...and i just do it for fun....well, my work is so stressful, i need some light reading.]

1. aku tidak suke pakai baju berlengan bila tidur

yup...bila aku pakai baju yang berlengan tak kira lengan pendek atau panjang, aku rimas. aku tidak kisah berselimut tebal, pakai comferter 2 lapis, tapi tidak dengan memakai t shirt berlengan semasa tido.tido aku akan terganggu. jangan tanye kenapa, aku pun tidak paham kenapa. sebab itu aku tidak berapa gemar pulang ke kampung kerana kami di larang untuk pakai sleveless..dan ini akan mengganggu tidur ku...

2. aku suka bertindik sana sini

aku amat amat teringin bertindik di hidung, di bibir, 4 piercing di telinga, di pusat...aku rasa itu cool..tapi aku tak tahan sakit. jadi, untuk ambil syarat, aku hanya pierce di telinga. dan hanya satu pierce di telinga pun aku tidak tahan sakit masa melakukan pierce itu.. betul, muka aku merah padam. aku bukan lah jenis tahan sakit yang menyakitkan. aku hati keras, tapi bukan dengan penderaan....huhuuhuh.selepas aku pierce di telinga setahun lepas, aku rasa kan piercing ini adalah body abusing. tapi sehingga sekarang, aku rasa piercing banyak banyak itu cool...dan aku suke bila sarah pierce di hidung tapi aku takut sakit. aku melupakan hajat aku untuk pierce banyak banyak dan hanya mengagumi dari jauh pada orang yang berpierce ini..

3. kerana aku perempuan, aku suke aksesori. dan dalam banyak2 aksesori, aku suke cincin

tidak perlu kasi aku rantai atau gelang sebab aku hanya suke cincin..ye, aku pakai gelang dan rantai. dan aku suke rantai dan gelang. tapi aku lagi suke cincin...aku ade 1 cincin. dan aku rasa aku jenis yang setia kerana aku susah nak gantikan cincin ini dengan cincin lain. walaupun mama aku dah bising sebab aku hanya pakai 1 cincin sahaja. hehehehe...aku memang nak sangat beli cincin lain, tapi tk berkesempatan plak...mungkin gaji bulan depan??

4. aku rasa tenang bila baca al Quran

bukan bermakna aku baik..tapi aku rasa tenang bila baca al Quran. bila aku ada sesuatu yang aku tak terpikir dek akal, aku akan baca al Quran. bila aku rasa buntu dan rasa ingin putus asa, aku akan baca al Quran. bila aku rasa lonely, aku baca al Quran. bila kau rasa aku amat gembira, aku baca al Quran. aku rasa amat tenang. dapat kembali berfikiran rasional. aku rasa amat tenang bila dekat dengan Dia. walau aku ada banyak dosa...aku tau itu. tapi aku tetap baca walau hanya 10 baris ayat. aku tetap baca...

5. aku berdengkur bila aku penat

wah...memang teruk. ahaks.. aku pernah terbaca, masalah dengkur ketika tidur ini menunjukkan masalah jantung. tapi aku berdengkur bila aku penat, maknanya, aku ada masalah jantung ketika penat????erm....meh kite same same pikir...orang cakap, postur badan tidak betul. ini mungkin betul sebab nya time aku penat, aku amat amat lasak dan tentu nya aku tido ikut suke ati aku jek..

6. aku segan bila orang eye contact lama lama dengan aku

aku akan cari mata korang bila ckp, tapi aku akan larikan mate aku bila mate korang dan aku bertembung. btul, aku tak mampu nak tengok mata orang...eye contact akan meruntuhkan confident aku..betul!!! aku tidak confident untuk bertentang mata... aku akan kelam kabut, aku akan lupa apa yang aku sedang fikir, aku akan totally blur... seriously.. jangan tengok aku lama2..korg boleh tengok, bila aku tidak sedar, klo aku sedar, aku akan menggelabah... sebab aku sebenarnya pemalu..betul, aku pemalu!!!

7. aku suka menyatakan aku ada sepasang mata yang bulat

sebab semua orang cakap mata aku sepet :(
aku selalu cakap aku ade mate yang bulat walaupun aku tau mate aku sepet sebenarnye...peduli ape aku. aku nk gak fikir mate aku bulat..hahahah...it doesnt matter, as long as i have perfect vision. walaupun aku menghadap laptop sepanjang masa, tahap rabun aku adalah 0 untuk kedua dua belah mata...aku pun kagum. sebab aku bukan pemakan carrot seperti arnab cuma sesekali aku akan order carrot susu untuk minum. alhamdulillah..

8. aku tidak makan sayur

sebab aku tidak makan sayur adalah aku allergic kat sayur ni...hahaha..tentulah tipu. aku tak suka rasa pahit sayur.aku hanya boleh makan sayur yang tidak pahit...which is brocolly with mayo, or kangkung or bayam. itu sahaja.....aku boleh makan sayo bila ade mayo yang banyak banyak sampai aku tak bau dan rasa sayur..betul, sayur ada bau... cuba kau hidu.... aku tak tipu..aku pernah baca, die cakap, ade sesetengah orang, deria rasa die terlalu sensetif sehingga kan dia akan rasa lebih dari orang rasa, dan bagi orang yang tak makan sayur, deria rasa pahit dia amat kuat. well, itu yang aku baca, dan aku rasa betul.

9. aku tak suka bila aku kene makan ubat

aku sedar tentang ini kerana aku selalu kena keracunan makanan yang membuatkan aku muntah muntah tanpa henti selama 1 hari. dan kene makan ubat yang kene masuk lam air. perisa oren. air garam perisa oren... yup, itu yang kau kene minum. dan walaupun semua orang yang sihat cakap air tu best, aku mesti muntah balik air tersebut. dan kalau masa kacik dulu, abang aku akan abihkan untuk aku...terima kasih abang iwan... aku takkan makan ubat sampai kene paksa ngn abah aku. aku kaan nangis nangis makan ubat. dan sampai sekarang, aku ras ubat itu amat pahit!!!! aku tidak pernah habiskan ubat yang doctor kasik aku.. jangan tnaye aku makan ubat ke blum, kau akan cakap dah walaupun aku belum mkn pun lagi..hehehe..bukan nak tipu, tapi menyembunyikan kebenaran kerana kamu tidak akan risau kalo aku dah tak sakit...dan aku percaya aku akan baik dengan sendiri sebab aku ini claire [dalma cite heroes]. aku ada ability untuk heal sendiri..hehehehe

10. aku suke dengar lagu sambil tengok tv

pernah tak korang rasa tengok tv itu sangat membosankan atau dengar music itu membosankan, untuk menghilangkan bosna, aku akan buat dua perkara serentak dan ini selalu nya membuatkan adik adik aku bengang dengan aku sebab aku tak reti dengar lagu slow2...betul, tapi aku tau ape cite kat tv dan lagu ape yang di mainkan di ipod aku...hehehehe..pelik bukan???tapi itu lah aku..
[aku nak ipod touch..sesape nak kasik aku??aku tak mau bayar, aku nak free...]

11. aku suke orang kasik hadiah

aku suke hadiah..kasik la aku hadiah banyak2,,aku pasti sayang ko lebih..betul, tak tipu.

12. aku malas nak kemas

aku hanya mengemas sebulan sekali..dan aku biarkan bilik kau dan elak dari sepahkan bilik aku...sebab aku amat malas mengemas....jangan sepahkan tempat aku, aku akan mengamuk sebab aku tak suke nak kemas balik!!!

13. aku selalu pikir aku akan dapat sakit kronik nanti

pelik kan???tapi ak uslalu pikir camtu.aku rasa cam nnt suatu hari, aku akan dapat sakit kronik..kene cancer la, sakit jantung la, sakit otak la....ikut mood semasa...aku kaan pikir ape yang aku akan lakukan...yer...aku suke pikir pelik pelik...aku memang pelik

14. aku tak mau keje

aku suke melepak je kat umah. bz doing nothing...alangkah best kalau nnt dah kawin tak yah keje...aku akan sayang laki aku abih2..hahahaha.betul, aku malas nk keje...

15. aku suke mandi lama2

ini hanya terjadi bila ade heater...aku suke mandi air panas lama2...best....

itu sahaja..
aku tagged sume orang !!!!!

0 comments:

 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez