adakah sekarang musim mengawan???
topik perbualan berkisar kan bila mahu kawin??
mungkin faktor umur yang semakin menjengah 25 tahun depan...
semua dah fikir pasal kehidupan berkeluarga...malah, tahniah kepada kawan kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan atau telah pun melangsungkan perkahwinan sepanjang syawal ini...
tahniah juga kepada rakan rakan yang bakal mengikat tali pertunangan....orang kata, zaman pertunangan amat mencabar..sabar ya!!!
aku??
tunggu je la kad....
erm....aku pernah berjumpa seorang rakan ini, agak senoir dari aku. dan die kata, budak budak sekarang kawin sebab tengok orang kawin...
aku memang la tak bape nak terima pendapat die tu tapi malas nak betah...
itu pendapat die..bagi aku plak, jika dah rase nak kawin, kawin je la...
dah sampai seru bak kata orang....
sebab bila tak sampai seru lagi, seribu alasan akan di lemparkan...
tapi kalau seru dah sampai, kau rasa semua lengkap walaupun kau rasa keadaan sekarang itu masih boleh diperbaiki...
dulu aku pernah jugak gune alasan tak puas lagi mahu enjoy...
bila di fikir fikir balik, apa itu enjoy??boleh terangkan??
pulang lewat jam 5 pagi itu enjoy??
menari tanpa arah mengikut irama di club club itu enjoy??
bebas memeluk anak anak dara orang tanpa segan silu dan bebas bertukar pasangan itu enjoy??
aku sendiri sekarang tak tahu mahu menafsir maksud perkataan tersebut....
kau enjoy sampai 50 pun takkan pernah puas....
even kau dah kahwin pun boleh enjoy...
sebab tu lah kite disarankan pilih pasangan sekufu...
bagi aku, keserasian dan tolak ansur itu paling penting...
ada jugak kawan kawan yang masih memilih...
well, we dont choose love, love choose u!
kita boleh sahaja memilih untuk cuba bercinta, tapi cinta itu hanya hadir bila dengan orang yang betul..bila betul dia jodoh kita...bila dia memang telah di tulis sejak dahulu lagi, bakal menjalani hidup dengan kita...
kerana aku percaya, marriage is the starting of the whole new level of life...
di mana kamu paling banyak bertolak ansur...
sekarang kau bercerita melalu teori, dari ape yang aku lihat sekeliling ku..aku kan sangat observant...sebab itu aku suka lepak di shopping complex berejam lamanya sambil tengok karenah manusia....
kita semua bebas untuk fikir ape sahaja....untuk utarakan apa sahaja..
kerana kita ada pendapat kita sendiri....
Friday, September 25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
setuju :)
Post a Comment