Wednesday, March 25
lelah
bila keputusan tidak seperti yang di jangkakan...
sangat penat...
badan lesu, otak kosong....
tiada lagi hipotesis yang mampu kau ungkaikan... 2 minggu bertungkus lumus menjayakan projek....tapi, masih gagal...
sebenarnya bukan 2 minggu..sudah dari awal menjejak kaki ke daerah ini...
cuma 2 minggu ini adalah untuk mass production....
dan di saat ini, aku gemar untuk berada dekat dengan mama... kerana jawapan nya bisa buat aku gelak besar.
jika aku mengadu aku kepenatan,jawapan dia pasti lain dari yang lain...
'kalau mama, dah lame dah pengsan..'
'nanti la mama gi sane tolong gi kerja..boleh??'
'gi je klinik mintak mc..wat muke kecian skit kat doktor...'
mungkin bagi kamu itu tidak kelakar..tapi bila mama aku cakap dengan intonasi itu..penuh bersahaja...rasa terhibur hati... mungkin benar, jika kamu sayang seseorang sedalam hati, kata kata mereka amat menyejuk hati... owh..aku rindu mama...
sungguh tidak sabar mahu tunggu hujung minggu...
mahu dakap orang itu...orang yang selalu suapkan aku makanan bila aku keletihan untuk makan..
orang yang aku sayang sangat sangat...
seorang yang aku panggil mama...
seorang yang akan aku sayang sampai bila bila
aku rindu mau di suap tika makan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment