baru aku sedar tentang betapa aku rigid dengan dunia aku...payah membenarkan orang tembusi tembok itu. untuk bermesra dengan aku, jangan harap aku akan turn on. jangan pada perjumpaan pertama kau sentuh sentuh aku bagaikan bertahun sudah kau kenal aku...sumpah, aku takkan dapat ngam dengan kau...cuba fahami konsep kawasan privasi. jangan bertepuk tampar dengan kau tanpa sebab...sangat annoying. lain lah aku sudah kenal kau berzaman...
kalau aku imbas kembali, lingkungan yang aku selesa adalah lingkungan kawan kawan yang mungkin, aku masuk kerja sama2.aku masuk belajar sama sama. aku sudah kenal 5 tahun ke atas. betul, aku amat rigid dan aku sentiasa letak sempadan agar kau jaga batas engkau dan aku jaga batas aku...betul, aku tidak suka kau melepasi batas batas aku. sila jaga privasi! aku amat annoyed jika kamu gagal buat demikian. aku akan jadi dingin pada kamu sampai bila bila...
argh..sungguh tak selesa..aku takkan selesa jika kau tak kenal aku tapi gedik gedik dengan aku.
tolong jaga privasi kamu...
Monday, January 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment