Wednesday, March 30

banjir March

...narrator...:: ekey'z 0 comments
dah nak masuk bulan April...
di terengganu, tahun tahun sudah, bulan march ke jun, biasanya panas terik.
musim kemarau.
time time camni la sesuai ke pulau.

tapi, tahun ini, lain pula ceritera nya.
banjir melanda negeri Terengganu.
banjir teruk gak lah. hari ini, kemaman catat perpindahan tertinggi, 400++.
kawasan terjejas, kerteh dan kemasik.
aku bimbang, jalan ke airport Kerteh pun naik air. adeh... camne tuh?
harap harap banjir tidak berlanjutan..
moga surut dengan cepat.

semalam jugak,
katanya di kuala Kemaman, ikan naik ke darat.
banyak gile katenyer. aku hanya menyampai jek.
since aku duduk dalam skit dari kawasan pantai, dan semalam memang di akui angin kuat gile dan hujan renyai renyai.
sampaikan ade bomba berjaga jaga di pesisiran pantai.
ini di sahkan oleh orang Kuala Kemaman.

risau...

pelik...

tapi, itu la...

Kunfayakun..

kejadian alam ni, Allah je tau.

moga moga bumi Terengganu selamat dari segala bencana alam yang teruk.
banjir ini, mungkin dugaan buat kita.

semoga rakyat negeri Terengganu tabah.

Allah, lindungi kami.

Amiiinnn...

Thursday, March 24

zaman u

...narrator...:: ekey'z 0 comments
zaman u aku, di usm.
4 tahun.
dan empat tahun itu jugak duduk kat hostel.

tapi, seingat aku, aku dah roomy aku memang kurang mesra.
berbanding aku dan classmates aku
sebab aku bukan jenis lekat kat bilik.

aku jenis melepak bilik orang.

tahun pertama,
satu bilik ngan midah, kak jaz n kak amende ntah name. lupe.
yang aku ingat, die lawa n sarawakian.
midah walaupun sekelas, takde la rapat sangat. die pun ade klik die sendiri.
we do talk.. we talk alot
tapi kalau gi klas, aku gi ngan akak a.k.a kak edda and ama..
tempat lepak aku, bilik wahid atau pun bilik kak edda. hehehe

tahun ke dua,
midah lagi, wawa n kak...
erk lupe. sebab aku panggil die akak jek. since wawa, which is my senior tapi takmo di panggil kakak. hahaha
ngan ni, aku ok gak la. penah kuar ngn wawa n pakwe nyer ketika itu ke penang.
mase ni aku takde kete lagi..so, kalau ke penang either naik bus n naik feri n bus again.
or ngan ama.. since pakwe wawa ni orang penang, die bawak jalan jalan keliling penang sambil jadi tourist guide.
tempat lepak : masa ni aku sedikit wild aku boleh kata kan. aku byk habiskan masa kat luar. stay up till 6. so, boleh imagine nape cgpa aku rendah? yess...adik adik, jangan main main k. then u guys will end up like me.
bilik wahid masih menjadi tempat lepak pilihan

tahun ketiga
aku duk ngan azrin, aznor and azma.
okeys. aku rasa orang lembaran silap matching. tengok tu, semua start ngn A aku sorg jek F.
tahun ni, aku ok skit la. sebab kurang lepak dah bilik member member.
since member aku sume jauh jauh. penat gile nk gi kot. lain blok ok!
so, aku habiskan masa dengan tido di bilik atau pun keluar. atau pun layan cerita korea.
plus, aki time ni single jap. pastu, ade scandal ngan piye, senior aku.
so, selalu la kuar dating dating konon nyer la kan...
owh, mase ni aku ade motor. tapi jarang jek gune.

tahun empat.
aku duk ngn yana, ngn dua orang junior.
kia and sape ntah lagi sorg. aku lupe la name nyer
memang, aku mengalami masalah ingat name orang.
time ni, since ade kereta kan.
memang tak hingat la jalan nyer.
tahun ni, aku kenal alang, drag, sinister, ijam.
yes, tahun ni aku have big big crush kat sin. hahaha. tapi cinta tak berbalas kan.
sedih aku. tapi takpe. biarkan.
drag, sin and ijam are very great photographer.
memang kagum la ngan hasil dorang ni
alang on the other hand, orang yang sangat seni. he live his life with artwork.
aku dan ama dapat tengok hujan nyer gig free on courtesy of alang. thank you alang.
pastu, kitorg boleh tengok teater gak kat penang.
itu je la kot.

sekarang, dah 2011,
3 tahun dah lepas segala zaman u.
rindu tul nak outing ngan kawan kawan.
time birthdya ade surprise party.
kawan2 sangat best :)

aku rindu semua la.

aku paling rindu pillow talk.

bila lagi nak berpillow talk ni?
wahid, kak edda, ama, dayah, fari.....
:(

Tuesday, March 22

Hari mc

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Dapat mc harini. Sebab ade sakit skit.
So, duduk umah jadik cam rajin skit. Gi mop umah. Lupe plak fabuloso dah abih, ternampak dettol.
Ape lagi, hantam je la labu.
Terus nya, rumah hari ini cam duk kat hospital dah aku rase. Hua hua hua.
Ok la tu kan.
Anti bakteria. Pasni dah tak sakit sakit kulit. Gituuuu.

So, last wiken, my dearest hubby bought me a new handbag. Sebab die kesian bini die duk bawak beg yang same je kan.
Ye la, bini die sekarang kene berjimat. Nanti bulan depan jadik penganggur terhormat. Tq hubby. Walaupun pada mula nya carik guess. Tapi, carlo rino jugak yang di beli.

Aku ni tengah pikir pikir ni.
Kalau satu hari aku kat umah, kerje nye melantak jek. Bayangkan nanti aku dah officially unemployed. Huhuhu. Mau di pam pam jadi nye. Kene cepat cepat dapat kerje lain ni. Huhuhu.

Cepat ekey. Move ur ass.

Monday, March 21

anti sosial

...narrator...:: ekey'z 0 comments
yaa...
aku anti sosial sekarang

:)

belajar jangan henti

...narrator...:: ekey'z 0 comments
belajar dengan tekun..
nak amik gambar besties kawin nanti 31 March 2011.

dek anne,
tunggu aku snap snap ko yerk...

:)

Sunday, March 20

hari sabtu hari berjimba

...narrator...:: ekey'z 0 comments
semalam.

selepas bertahun lame tak jejak kaki ke panggung wayang. tipu sangat la bertahun lame kan. tapi lame gak la.

last skali tengok cerite tourist kat kulim. erk. takde la lame sangat kan.

tapi takpe la, abaikan.

aku memang tak pernah tengok cerite melayu kat wayang.
well, sebab aku ni kan tak berapa berduit. takat nak tengok cerita kat wayang pastu nanti hari raya tayang kat tv, baik tunggu kat tv jek. my opinion la. jangan plak kate aku berlagak plak, tak sokong industri la. itu la, ini la. at least, aku cakap terang terang. takde la cam korang, cakap sokong indusri perfileman pum pang pum pang tapi last last gi beli cd cetak rompak...huhuhu. ok guys, save ur comments for others. ini hanya review personal aku yer. di ulangi review personal aku.

but since aku ni antara peminat cerita cerita epik, aku pergi la tengok hikayat merong mahawangsa.

and since banyak good review dari kawan kawan aku, aku pergi la bersama incik suami.
so, overall, cerita ini sangat berbaloi.

mule mule, kisah die cam jack sparrow versi melayu. bagi pendapat aku la kan.
it is not a bad thing, it is a good thing. for me. sebab aku memang peminat pirates of the carribean, nak nak lagi johny depp. owh. jatuh cinte.
sebab aku kate die ala ala jack sparrow sebab....
sebab die kan lanun dan ade kapal buruk yang die sayang.
hehehe

pastu.
yang aku paling suke
die berjaya tonjolkan satu sifat yang makin terkikis dari diri kita iaitu, bersatu teguh, bercerai roboh.
i like.

kepada yang tak tengok lagi hikayat merong mahawangsa, sila la pergi tengok.
memang berbaloi baloi.

Saturday, March 19

spek ilang

...narrator...:: ekey'z 0 comments
sian my hubby, hilang spec die
yang beli tak sampai 1 bulan...

ilang tanpa di kesan. oakley u...
bukan murah...itu yang ralat
tapi, takde rezeki kan...
nak wat camne

nanti, ade duit lebih, beli lain ek.

sian die.
si isteri tak tau nak wat ape.
nak ganti, duit tak bape nk banyak..hik hik hik

congrats kak edda

...narrator...:: ekey'z 0 comments
congrats kak edda.
dah 3 months preggy.

:)

so happy for u...


Sunday, March 13

for teh next month

...narrator...:: ekey'z 0 comments
next month, officially unemployed.
till now, all my resumes send come with no reply.

just once, but unfortunately, that company already hired someone when he received mine.
so, bukan rezeki saya di situ.

this is the first time.
i experienced the title of tanam anggur.
unemployed.

tak tau la camne keadaan nyer.
biase bangun dari ahad ke khamis, pergi kerja.
have 2 days off, which is biase nyer full dengan aktiviti kekeluargaan.
aktiviti kekeluargaan adalah termasuk undangan majlis perkahwinan.
dan biase nye, tiap tiap bulan, ade duit sendiri hasil dari kerja 20 hari sebulan.
sekarang?
yer...pening kan?
tapi itu la.

by the way, congrats kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan bulan 3 dan 4.
:)

so, ape plan aku ?

well, i wanna set up a small business.
tapi take make up my mind lagi what kind of business as yet.

maybe when i have lots of free time, i might say, tremendous of free time, then it will come eventually.
i hope so.

hopeless nyer rase bila jobless ni kan?
tapi tu la,
bukan rezeki aku lagi setakat ini

cam lagu firework, kathy perry
' maybe the reason why all the doors are closed,
so you could open one that lead you to the perfect road'

kan?
no room for lost hope!
yes, there will be something perfect for me.
InsyaAllah.

rezeki itu sentiasa ada jika usaha sentiasa mekar :)
insyaAllah, yakin dengan janji Allah.

:)

Friday, March 11

tsunami melanda jepun

...narrator...:: ekey'z 0 comments
11 march 2011
1 dunia gempar. 8.9 sr gempa bumi melanda jepun.
di susuli dengan tsunami yang gah menelan bumi jepun.
tiada apa dapat sekat dinamik air dari terus mara.
kapal?
teknologi?
langsung tak berbekas maranya air...

gerun..

besarnya kuasa Allah

kun faya kunn...

tetapi, hati ini risau,

si suami masih di lautan biru

bagaiman keadaan?

sekarang di Terengganu, hujan lebat dari pagi.
lebat..

ribut..

lagi risau.

apa yang mampu, hanya berdoa.

semoga Allah sentiasa melindungi suami dan semua yang bekerja di pesisiran pantai sana.

Amin...

tawakal pada mu ya Allah, yang baik semua dari mu, yang buruk itu dari kami..

wallahuallam.

Wednesday, March 9

video kegemaran pada hari ini

...narrator...:: ekey'z 0 comments





nak nari cam neyo..
boleh?

kalo tak pun, nak blaja lap dance.hahahaha :D


Tuesday, March 8

dont hate me cause i am beautiful

...narrator...:: ekey'z 0 comments
sempena Hari wanita ataupun Women's day,

dont hate me cause i am beautiful...
hahahaha

yes, girls, we are beautiful...

Monday, March 7

hidup tak selalu indah.

...narrator...:: ekey'z 0 comments
kan??? betul tak ayat di atas..
yer, saye tau.buruk kan...

indah kan si baby ini.
nama nya irdina sufiah.
my latest cousin
inilah keindahan yang tak selalu hadir
yang di tunggu tunggu
yang di jaga rapi...
dah takmau tanye lagi persoalan 'bila turn aku'
sekarang, ingin terus berdoa dan berusaha..
:)

konon2 try new look..
ok la kot.
tapi panas la. tak seswai untuk waktu waktu sekarang
mungkin nanti, bila musim hujan, boleh pakai camni..
or, nak gi genting ke, shopping complex ker

yer....
itu die
penyeri hidup saya
my lovely hubby...

the one that complete me
the one that i love with all of my heart
the one that i give my all
the one that i adore

:)

Sunday, March 6

perempuan ini

...narrator...:: ekey'z 0 comments
perempuan ni,
kadang kadang sangat la sporting, kalau di kutuk gemuk sekali pun, siap gelak gelak
kadang kadang jeles tak bertempat, tengok si lelaki melirik pandang pada si cantik munggil seksi a.k.a perempuan lain pun boleh merajuk panjang

perempuan ni,
kadang kadang tu suke bila berjauhan, ada space for herself kate nyer
kadang kadang tu benci sampai nangis nangis kala tak nampak batang hidung, payah katenyer..

perempuan ni,
kadang kadang tu seronok sangat masak masak, kalau boleh, nak masak semua.
kadang kadang tu, penat sangat nak masak. even panaskan air pun malas apatah lagi buat kan air.


perempaun ni,
kadang kadang suke berdandan over the top. mahu di lihat ranggi dan fashionable kata nya
kadang kadang cukup hanya tshirt over size dan jeans lusuh. panas katanya menconteng muke dan pakai baju berlapis lapis, tudung melilit lilit.

perempuan ni,
kadang kadang suke yang amat even di tanya 'dah makan?', concern kata nya.
kadang kadang rimas jugak menjawab, bosan katenyer

iye, banyak lagi kontradiksi yang berlaku dalam hidup perempuan ini.
yang kenal, paham lah die, die memang begitu begini
yang tak paham, leceh la, mengada ngade la.

yang sayang, turutkan aja selagi termampu dan selagi tak melampau lampau
yang benci, mencemuh sepenuh mulut, sebanyak perkataan vocab yang ade.

tapi,
perempaun ni tahu diri nya sendiri
tak perlu menilai, bagi markah, tanda 'right' dan kasik bintang

ya, tak perlu menilai waima dia kadang kadang dia lupa untuk control makan.
sampai tahap, seluar nya semua ketat. hahahaha

itu la perempuan ni..

tak minta di paham.
cuma nak cakap.

perempaun ni macam macam.
begitu begini itu dia.

:)
 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez