Friday, October 31

breast

...narrator...:: ekey'z
Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Pemakanan/penggunaa n produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain. Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untu menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.

Pueraria Mirifica
Ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu estrogen. Estrogen merupakan sejenis hormon yang dihasil dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan badan seseorang perempuan semasa awal baligh iaitu antara 9-12 tahun. Selepas itu, penghasilan estrogen dalam tubuh akan terhenti dan hanya dihasilkan sekali dalam sebulan, iaitu semasa kedatangan haid. Jika tidak berwaspada, pengeluaran akan terus berhenti dan ini akan memungkinkan seseorang itu mendapat menopos awal atau terputus haid lebih awal dari
jangkamasa yang sepatutnya.

Pengeluaran yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil dari saiz badan dan saiz yang berlainan antara satu sama lain. Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang
boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia. Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan.

Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand. Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia. Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand. Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada
pengeluar untuk dikomersialkan.

Antara kebaikannya pada buahdada dan punggung :-
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
- menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
- menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara
- mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
- mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.

Antara Tips Penjagaan Buah Dada :-
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

p/s : mane nak dapat mende alah ni??de sesape leh kasi tau????

0 comments:

 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez