sebab aku tak suka konfrantasi...
1. sepanjang aku hidup, tak pernah aku tengok konfrantasi itu berakhir dengan mende yang baik...kalau tak berakhir dengan bertumbuk, paling kurang, sebal dalam hati sebab bila dah marah marah, tentulah bahasa amat sukar di kawal..pastu, bernanah hati dengar bahasa bahasa kasar sepanjang konforntasi. macam di parlimen. isk isk isk..i really dont agree.
2. aku malas mahu cakap ape aku rasa sebab cakap pun, cam orang di sebelah sana dengar. orang, kalau dah marah, mana lah ada masa mahu dengar buah bicara orang lain...aku berkata tentang diri aku sendiri...aku sangat la tak kan dengar apa apa kalau aku marah...
3. aku malas nangis2...aku ni nampak jek ganas..kene marah or orang tinggi suara, sure air mata meleleh pastu teresak esak..it become worse if i try defend myself...memang cam drama cite melayu la. sebab aku memang teramat la sensetip. memang, aku sangat memilih cara untuk diam kalau berhadapan dengan konflik...dan terus diam kan diri kalau orang cuba berkonfrantasi dengan aku..
4. aku sendiri tak pernah mengakui konfrantasi adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah...pernah kamu tengok kamu masalah selesai dengan konfrantasi??aku tak pernah...
paham adik adik???
sebab tu aku tak suke konflik...
dan aku lagi suka tidur bila ada konflik...
tak pun, masuk bilik, tengok movie..
have my own time...relaxing moment...
sampai lah aku cool down.
bila aku cool down, aku boleh berbicara..
sebab aku percaya, bergaduh ketika hati tengah panas, tak kan ke mana...
dan hidup manusia tak pernah lekang dengna konflik walau cam mana pun kita cuba elak...
bila orang cakap aku penakut..takut nak cakap depan depan...
salah sebenarnye...
aku malas guna kan konfrantasi sebagai medium untuk cari penyelesaian..
aku lagi suka sms or email...
sebab nya, tak de la dengar orang nk tengking tengking...
sebab aku memang la tak suka...terutama sekali, kalau guna perkataan kasar..
memang aku ingat sampai mati....
walaupun masalah die tak de la besar mana pun....
tapi ulm ulaman ketika bergaduh tu lagi la pedih...baik diam jek...
ok, di harap, sesiapa yang deal dengan aku semasa konflik faham....
terutama sekali, yang bakal hidup dengan aku...
Sunday, May 23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment