Thursday, February 11

growing up in terengganu

...narrator...:: ekey'z
aku, anak jati trengganu..
lahir di bumi ini dan membesar di bumi ini...

merantau keluar untuk mencari ilmu...
kini, kembali ke sini....

ape yang aku rindu sangat di sini...
semua orang rindu tempat tumpah darah mereka...
walaupun bagi mereka terengganu is nothing, kerana tiada bangunan pencakar langit...
kerana tiada jalan yang si simbahi cahaya sampai ke pagi..
kerana, seawal jam 10, bandar sudah sunyi sepi.....

tapi, aku suke sini...
pantai...tempat ini paling aku rindu...mungkin sudah terbiasa dengan udara masin pantai..
sudah terbiasa mandi pantai saban petang muda muda dahulu...
berbasikal jer kami ke pantai kecil kecil dulu...kalau di suruh sekarang,jauh je rase...

aku rindu kopok lekor jugak...
ngan ikan celup tepung. sotong celup tepung jugak..
mee goreng makan dengan kopok keping...
rindu..

pagi pagi pekena nasi dagang...
tidak pun, makan roti bakar dengan kaya..dengan kopi.
mengantuk bila sampai ke petang kalau makan terlalu banyak...

bila hujan, carik ubi kayu...
buat lempeng..tak pun, rebus saja...
makan dengan air teh o.

aku budak kampung...
betul..
dan aku bangga jadi budak kampung
walaupun ramai orang kate budak kampung tak pandai, ramai je kawan kawan aku sampai ke negara orang, belajar ke menara gading even jadi peniaga berjaya...

yang penting, pikir guna otak saja...
otak budak kampung juga geliga kau tau???

3 comments:

Anonymous said...

it doesnt matter where u come from.
it's just true that home is where heart is :)

mesarra on February 11, 2010 at 11:43 AM said...

aku..anak jati terengganu jugak!!!!

ekeyz said...

julia : sure it does...

sarra : dan suke lepak pantai....hehehe

 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez