Friday, July 3

bilamana aku gagal jadi aku

...narrator...:: ekey'z
aku mahu jerit, melolong, biar kata hati lepas jauh..jauh hingga kosong bebanan di hati kecil..
tapi aku tetap mahu jaga hati insan lain. buat aku sendiri sakit. sakit sebab rasa tidak lawas dalam hati. perasaan tidak pernah utuh.tidak pernah tidak lelah...
aku mahu dia tahu aku sakit. aku sakit sangat sampaikan suaranya sendiri mampu sakitkan aku...
tapi, aku tidak mampu bersuara garang menyatakan aku sakit. atau bersuara simpati mohon belas agar diri difahami...sebab aku gusar dia terluka...
aku mahu dia faham, sikit tentang aku yang tengah sakit..yang bukan di batasan norma aku buat masa ini. agar tidak cuba buat aku rasa jengkel mahu bicara sama dia..
tapi, aku gagal lagi bicara apa aku mahu. apa aku rasa...

aku lelah..lelah hati..
sakit...
hati itu adalah suis kepada seluruh sistem badan..
dan sekarang, hati aku benar benar tidak sihat..sudah nazak pada perkiraan aku..
hanya tunggu masa untuk meluahkan lava yang panas menggelegak...
setiap detik bagai satu bom jangka...
moga kau tetap sabar...
semoga sabar sentiasa jadi teman setia...
semoga sabar tidak pernah lari...
kerana sabar, aku sekuat ini..
semoga kuat sentiasa dengan aku...
kerana bila kekuatan aku hilang, aku bakal sakitkan orang lain...
dan sakit kan orang lain, itu perkara terakhir aku mahu lakukan...

tolong...bantu aku bersabar....
aku lemah...
lemah yang tak mampu aku ucap..
kerana aku rasa, hati aku hampir mati...
perasaan aku hampir kosong...
kosong bolong, tinggal rongga....

kamu mingkin sukar untuk faham..
sebab fahaman itu terpulang pada kamu...

0 comments:

 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez