Thursday, October 21

pre azam tahun baru

...narrator...:: ekey'z 0 comments
cuba jaga pertuturan yang sewajarnya..

aku cuba bersopan ok..

motif : bosan dah laser2 ni..

wah...

cam hampeh jek motif..


tapi,

itu bakal jadik azam aku..

selepas azam tahun lepas, 5/10 dah berjaya ditunaikan..

di akhir bulan october...

agak cemerlang tahun ini..

chaiyok!

Tuesday, October 19

The man

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Aku dan orang lelaki handsome segak bergaya memang tak pernah ngam.

Bagi aku personally. Aku takut dengan lelaki handsome segak bergaya ni. Sebab kemungkinan untuk orang rampas amat lah tinggi. Nak nak lagi yang jenis melayan. Owh. Memang aku anti. Or mungkin perkataan yang lebih sesuai, aku fobia.

Alhamdulillah. Jodoh yang Allah kasik itu yang terbaik kan? Die cukup sempurna di mata aku. Siapa sangka, disaat aku tak terfikir mahi secare serius berhubungan, kini sampai ke jinjang pelamin.

Cukup lah suami aku handsome di mata aku. Dan pandai sangat layan kerenah aku. Suami sempurna di mata aku. Cuma aku yang kurang sempurna. Berusaha lagi untuk menjadi wanita dan isteri sempurna.

Sebab, ciri paling dominan dalam hidup aku adalah ignorant. Betul. Sangarlah ignorant nye. Kesian incik suami. Dah cuba untuk tidak begitu ignorant. Tetap kadang kadang, tanpa sedar aku ignorant sangat sangat.

Semoga aku adalah isteri sempurna di mata die. Sesempurna die di mata aku.

Eh. Cam takde kene mengene plak dengan tujuan asal.

Okies, sekarang aku memang amat kurang fokus. Rindu gamak nye. Dah 3 minggu tidur di peluk lengan sasa, dibuai dengkuran nafas halaus. Kini tidur tak berapa lena. Asyik terjaga mencari sekujur badan panas itu. Walhal, aku yang gigih ponteng 2 jam kerja hantarnya ke lapangan terbang.

Ye, aku rindu sanfat sangat.

Dan amik keputusan tak nak ulas dah pasal perenggan pertama tadi sebab aku sendiri lupe isi badan nya.

Mau tido, mimpi macam semalam.

Semalam mimpi kamu. Ye. Sangat rindu. Walhal. Baru hari kedua di tinggal kan. Lagi 12 hari menanti.

Lelah.

Lama sangat.

Rindu lamu sangat sangat.

Sunday, October 10

redhakan lah.

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

MasyaAllah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam nie... Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya.... Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yang redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi...

Friday, October 1

Hari jumaat

...narrator...:: ekey'z 0 comments
Hari yang selalunya aku bangun lewat.

Hari ni, tepat jam 8 dah terjaga. Dem. Kalau hari kerje, liat beno mata mau bukak.

Hari ni, tak mau lelap plak. Haish.

Bangun. Takde aktiviti pun.

Termenung sane.

Termenung sini

Tak produltif pun sebab memang dah di plan. Mau tido sampai tengah hari.

Dem. Aku bosan.
 

Ekey'z World Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez